Home

Pengenalan

Assalamualaikum

Saya rasa terpanggil untuk membuat satu blog untuk share pengalaman saya dalam masalah infertility(kesuburan) ini.di samping itu saya ada juga tulis beberapa blog-blog berkaitan dengan hartanah,blog bisnes,blog education,philosophy of life dan coretan hidupan.tapi blog kali ini saya ingin share pengalaman saya sendiri dan anda free untuk share pengalaman anda dengan saya..
InsyaAllah saya juga akan kongsikan ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya ini untuk di kongsi bersama dengan anda semua supaya dapat membantu anda semua untuk merawat masalah kesuburan.

Saya sendiri mengalami masalah infertility selama 3 tahun,Alhamdulilah pada tahun ke 3 perkahwinan kami,Allah kurniakan kami zuriat lelaki bernama Ahmad Mikail Al-ghazi bin Ahmad Zharif pada tanggal bersejarah 2/1/2015.thank you ya Allah
"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif

Medical Officer Obstetric & Gynaecology

Master student obstetric and gynaecology

Email:drzharif@yahoo.com

Facebook:zharifhussein

Tuesday 14 July 2015

Siapa yang patut kita salahkan??

lambat dapat anak..adakah salah perempuan atau salah lelaki??

Jangan cepat menunding jari kepada si isteri,sebab lambat dapat anak..
Jangan cepat buat konklusi terhadap si isteri sebab lambat dapat anak
Jangan cepat melatah,jangan memarahi isteri sebab lambat dapat anak

kena ingat,masalah lambat dapat anak ini adalah masalah bersama bukan masalah si isteri seorang sahaja..
mengikut kajian,punca lambat dapat anak ini adalah:

30% berpunca dari si isteri
30% berpunca dari si suami
30% berpunca dari kedua-duanya
10% tidak tahu puncanya-(walahualam)

bila anda menghadapi masalah lambat dapat anak ini,hendak kedua-dua suami dan isteri ini
duduk berbincang macamana nak selesaikan masalah ini..
janganlah hanya si isteri sahaja yang memeriksa masalah kesihatannya,sedangkan si suami tidak mahu memeriksa masalah kesuburannya.
kenapa si suami malu untuk memeriksa masalah kesuburan,sebab anda takut menerima kenyataan
yang anda mandul ke??
jangan takut,doktor tidak akan memberitahu orang ramai masalah kemandulan anda,rahsia anda kami simpan sampai mati.itu janji setia kami.
jangan takut..setiap masalah insyaAllah ada jalan penyelesaiannya pada zaman moden ini.

Itu yang saya hadapi,sesetengah pesakit itu,hanya si isteri sahaj yang hadir temujanji,si suami tidak mahu berjumpa dan memeriksa masalah kesuburan mereka,mereka takut untuk menerima kenyataan.
Sebab itu kami amat menitik beratkan-kedua-dua pasangan suami isteri HADIR ketika temujanji kesuburan,bukan si isteri sahaja hadir..

si suami tolonglah jangan MALU untuk memeriksa masalah kesuburan anda..jika si isteri bersungguh untuk memeriksa masalah kesuburannya..kenapa anda tidak?
Masalah kesuburan ini adalah masalah bersama bukan masalah sebelah pihak sahaja...

si suami tolonglah hargai usaha isteri anda untuk mendapat anak,tolonglah berkorban masa dan perasaan malu anda,beri sokongan moral kepada si isteri.

Kenapa Kami ingin jumpa kedua-dua pasangan suami isteri:
1.sebab kami ingin menerangkan apa itu masalah kesuburan
2.sebab kami ingin memeriksa masaah kesuburan anda
3.kami ingin membantu anda,mungkin anda mahir untuk melakukan hubungan seks,tapi ada benda yang mungkin anda perlu improve,sama ada dari segi masa kesuburan,masa bersama,cara bersama.
4.kami ingin memberitahu cara pemakanan,cara pemakaian dan benda2 yang dilarang untuk mendapat anak..

Si Suami 
tolong lah buang EGO anda,tolong buang rasa MALU anda.tolonglah jangan cepat melatah,tolonglah jangan cepat menunding jari,tolonglah jangan dengar hasutan pihak ketiga,
Hargai Usaha isteri anda untuk dapat anak itu..

-salam-
Selamat hari raya aidilfitri
28 ramadhan


Dr Ahmad Zharif
Medical Officer Obstetric & Gynaecology
Master student obstetric and gynaecology



Sunday 12 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri (Dialog hari raya)

Dialog yang perlu anda elak ketika hari raya..-dialog2 masyarakat melayu.

ketika bujang soalannya..
bila kamu akan berkahwin??

bila dah kawin soalannya
Bila kamu akan dapat anak??

bila ada anak,soalannya...
seorang sahaja anak?kesian dia nakkan adik tu.kena tambah lagi tu

bila ada anak perempuan sahaja soalannya berbunyi...
dua-dua anak perempuan ke??kena usaha lagi untuk dapat anak lelaki ni..

bila anak ramai,soalannya....
Ramainya anak,kamu tidak merancang kehamilan ke??


inilah fenomena masyarakat kita..masyarakat yang OVER CARING pada orang lain sehingga menyakitkan pihak tertentu tanpa sedar...

soalan diatas amat sensitif untuk orang yang belum berkahwin dan yang belum di kurniakan zuriat...
ingatlah wahai masyarakatku
"jodoh,rezeki & zuriat adalah HAK ALLAH"



Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat,
yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk,
yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain sahaja
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah,
yang hanya memandang kepada kewangian dan keindahan
Yakni yang memandang kebaikan orang lainsehingga melupakan keburukan orang lain
-Ustaz Kazim Elias-


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
be happy & enjoy your life k.



"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif
Medical Officer Obstetric & Gynaecology
Master student obstetric and gynaecology