Home

Pengenalan

Assalamualaikum

Saya rasa terpanggil untuk membuat satu blog untuk share pengalaman saya dalam masalah infertility(kesuburan) ini.di samping itu saya ada juga tulis beberapa blog-blog berkaitan dengan hartanah,blog bisnes,blog education,philosophy of life dan coretan hidupan.tapi blog kali ini saya ingin share pengalaman saya sendiri dan anda free untuk share pengalaman anda dengan saya..
InsyaAllah saya juga akan kongsikan ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya ini untuk di kongsi bersama dengan anda semua supaya dapat membantu anda semua untuk merawat masalah kesuburan.

Saya sendiri mengalami masalah infertility selama 3 tahun,Alhamdulilah pada tahun ke 3 perkahwinan kami,Allah kurniakan kami zuriat lelaki bernama Ahmad Mikail Al-ghazi bin Ahmad Zharif pada tanggal bersejarah 2/1/2015.thank you ya Allah
"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif

Medical Officer Obstetric & Gynaecology

Master student obstetric and gynaecology

Email:drzharif@yahoo.com

Facebook:zharifhussein

Sunday 12 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri (Dialog hari raya)

Dialog yang perlu anda elak ketika hari raya..-dialog2 masyarakat melayu.

ketika bujang soalannya..
bila kamu akan berkahwin??

bila dah kawin soalannya
Bila kamu akan dapat anak??

bila ada anak,soalannya...
seorang sahaja anak?kesian dia nakkan adik tu.kena tambah lagi tu

bila ada anak perempuan sahaja soalannya berbunyi...
dua-dua anak perempuan ke??kena usaha lagi untuk dapat anak lelaki ni..

bila anak ramai,soalannya....
Ramainya anak,kamu tidak merancang kehamilan ke??


inilah fenomena masyarakat kita..masyarakat yang OVER CARING pada orang lain sehingga menyakitkan pihak tertentu tanpa sedar...

soalan diatas amat sensitif untuk orang yang belum berkahwin dan yang belum di kurniakan zuriat...
ingatlah wahai masyarakatku
"jodoh,rezeki & zuriat adalah HAK ALLAH"



Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat,
yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk,
yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain sahaja
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah,
yang hanya memandang kepada kewangian dan keindahan
Yakni yang memandang kebaikan orang lainsehingga melupakan keburukan orang lain
-Ustaz Kazim Elias-


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
be happy & enjoy your life k.



"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif
Medical Officer Obstetric & Gynaecology
Master student obstetric and gynaecology





No comments:

Post a Comment