Home

Pengenalan

Assalamualaikum

Saya rasa terpanggil untuk membuat satu blog untuk share pengalaman saya dalam masalah infertility(kesuburan) ini.di samping itu saya ada juga tulis beberapa blog-blog berkaitan dengan hartanah,blog bisnes,blog education,philosophy of life dan coretan hidupan.tapi blog kali ini saya ingin share pengalaman saya sendiri dan anda free untuk share pengalaman anda dengan saya..
InsyaAllah saya juga akan kongsikan ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya ini untuk di kongsi bersama dengan anda semua supaya dapat membantu anda semua untuk merawat masalah kesuburan.

Saya sendiri mengalami masalah infertility selama 3 tahun,Alhamdulilah pada tahun ke 3 perkahwinan kami,Allah kurniakan kami zuriat lelaki bernama Ahmad Mikail Al-ghazi bin Ahmad Zharif pada tanggal bersejarah 2/1/2015.thank you ya Allah
"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif

Medical Officer Obstetric & Gynaecology

Master student obstetric and gynaecology

Email:drzharif@yahoo.com

Facebook:zharifhussein

Friday 19 June 2015

Definisi Infertility


Infertility:
membawa maksud pasangan yang sudah dua tahun berkahwin tidak dikurniakan cahaya mata selepas melakukan hubungan Seks yang kerap tanpa mengunakan sebarang perancang keluarga(contraception method) .

berdasarkan kajian,secara keseluruhan nya di anggarkan sebanyak 84% perempuan mengandung selepas setahun bersama(hubungan seks ) yang kerap,92% selepas 2 tahun bersama(hubungan seks ) yang kerap & 93 % selepas 3 tahun bersama(hubungan seks ) yang kerap.-NICE guidelines

Jika anda dan pasangan anda masih lagi tidak mendapat cahaya mata dalam masa setahun selepas melakukan hubungan seks yang kerap tanpa sebarang perancang keluarga di galakkan untuk melakukan pemeriksaan kesuburan ke atas kedua-dua pasangan dan untuk mereka yang DUA tahun tidak mendapat cahaya mata lagi selepas melakukan hubungan seks yang kerap tanpa sebarang perancang keluarga AMAT-AMAT diSARANKAN(WAJIB) untuk melakukan pemeriksaan kesuburan terutamanya yang sudah berusia lebih dari 35 tahun keatas.

Janganlah dua tahun kawin REDHA TANPA USAHA,
kenalah REDHA dengan USAHA.
Apa Usahanya?
buat pemeriksaan Kesuburan Di TEMPAT yang BETUL..

1.Pemeriksaan kesuburan dari segi JASMANI-kesihatan
jumpa Doktor sakit Puan & Perbidanan(Obstetric & Gynaecology)
-buat pemeriksaan kesuburan lelaki & perempuan
Masalah Kesuburan bukan hanya berlaku pada golongan wanita sahaja,masalah kesuburan adalah masalah bersama diantara lelaki dan perempuan.Masyarakat kita Asyik menunding jari masalah kesuburan semua salah pada wanita,Mereka SALAH..Pada masa kini hampir 30-40% masalah kesuburan berpunca daripada Lelaki & lebih kurang 30-40% masalah kesuburan berpunca daripad wanita juga dan selebihnya masalah bersama.Jangan sebelah pihak asyik menyalahkan sebelah pihak yang lain.Anda hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah ini.bukan asyik menyalahkan dan menunding jari sahaja.
Jangan rasa MALU dengan masalah kesuburan anda
Jangan rasa MALU untuk berjumpa Doktor
Anda Patut MALU kalau tidak membuat rawatan kesuburan-sebab anda takut menerima kenyataan.

2.Pemeriksaan Rohani-
Jumpa Ustaz atau alim ulama:rawatan berlandaskan Ayat -alquran
bukan buat pemeriksaan di tempat yang SALAH..pergi tempat yang tidak sepatutnya.pergi jumpa bomoh ke,jumpa pawang ke?yang lepas tu bagi diagnosis yang SYIRIK  ada benda ikut,ada benda mendamping,kena buatan orang.-selepas tu menyesatkan lagi menYIRIKkan kita.


-Akan bersambung-

Bertindak sebelum terlambat k,jangan pada usia 40 tahun keatas baru hendak buat pemeriksaan kesuburan,pada masa itu mungkin terlambat untuk membuat rawatan kesuburan.


"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif
Medical Officer Obstetric & Gynaecology
Master student obstetric and gynaecology

No comments:

Post a Comment