Home

Pengenalan

Assalamualaikum

Saya rasa terpanggil untuk membuat satu blog untuk share pengalaman saya dalam masalah infertility(kesuburan) ini.di samping itu saya ada juga tulis beberapa blog-blog berkaitan dengan hartanah,blog bisnes,blog education,philosophy of life dan coretan hidupan.tapi blog kali ini saya ingin share pengalaman saya sendiri dan anda free untuk share pengalaman anda dengan saya..
InsyaAllah saya juga akan kongsikan ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya ini untuk di kongsi bersama dengan anda semua supaya dapat membantu anda semua untuk merawat masalah kesuburan.

Saya sendiri mengalami masalah infertility selama 3 tahun,Alhamdulilah pada tahun ke 3 perkahwinan kami,Allah kurniakan kami zuriat lelaki bernama Ahmad Mikail Al-ghazi bin Ahmad Zharif pada tanggal bersejarah 2/1/2015.thank you ya Allah
"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif

Medical Officer Obstetric & Gynaecology

Master student obstetric and gynaecology

Email:drzharif@yahoo.com

Facebook:zharifhussein

Friday 12 June 2015

kenapa kita perlu ada zuriat(2)??



2. kita kena ada anak sebab, kita selalu berpegang pada hadis di bawah;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.[1][1]


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ

Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.” [1][2]

 DOA ANAK YANG SHOLEH
  

Perkara ketiga yang disebutkan oleh hadis ialah anak si mati yang soleh yang mendoakan untuknya. Si mati mendidik anaknya dengan didikan Islam dan akhlak mulia sehingga dia membesar dalam ketaatan kepada Allah dan berbakti kepada ibu bapanya. Apa yang diajarkan oleh si bapa itulah yang diamalkan dan menjadi amalan si anak. Ini menyambungkan lagi suratan amalan si mati. Setiap amalan soleh yang dilakukan anak tetap dikira sebagai pahala buat ibu bapanya yang mendidiknya. Oleh kerana usaha mendidik dan membesarkan anaknya, ibu bapa akan terus mendapat pahala selepas meninggal dunia.  Anak tidak perlu meniatkan apa-apa pahala untuk ibu bapanya kerana amalannya itu akan dikira sebagai dalam catatannya dan tidak disyariatkan pula menghadiahkan pahala untuk si mati. Tambahan pula, terdapat hadis yang menyokong perkara ini:

عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ وَلَدُ الرَّجُلِ مِنْ كَسْبِه

Diriwayatkan daripada ‘Aishah daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda: “Anak seseorang itu termasuk dalam usahanya.”[3][5]


itu kalau anak yang kita lahirkan itu jadi anak yang soleh,jika tidak jadi anak yang soleh..
zaman sekarang ni,hendak membesarkan anak bukan semudah yang kita fikirkan.ada seribu bagai cabaran dan dugaan dari media social dan persekitaran...tapi jangan berputus asa untuk berdoa dengan Allah di berikan zuriat juga.ini bukan alasan untuk kita give up k.

Sebelum kita terima tanggungjawab yang baru ini(anak tanggungjawab kita dan akan dipersoalkan di akhirat kelak),mari kita semak diri kita sendiri,adakah kita sudah laksanakan semua tanggung jawab yang Allah berikan kepada kita selama ini.tanggunjawab sebagai seorang anak,tanggungjawab suami atau isteri dan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan muslimah.InsyaAllah Allah akan berikan kepada mereka yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut..Sebab Allah sayang kita,Allah bagi ujian kepada kita,Allah ingin mendengar rintihan doa dan suara kita setiap hari merayu dan meminta kepadaNya...

"Ya Allah berikan aku zuriat yang soleh,zuriat yang sihat,zuriat yang dapat membantuku di akhirat kelak,zuriat yang dapat membantu agamaMu.zuriat yang tidak pernah berhenti sujud padaMu,Zuriat yang menyenangkan kami di dunia dan di akhirat kelak"  doa yang kami minta setiap kali solat
.
Allah melambatkan proses kami dapat anak sebab Allah memilih sperm dan ovum yang soleh dan yang taat pada perintahNya untuk di jadikan zuriat kepada kita..Allah ingin kami bertaubat sepenuh hati agar dapat menghasilkan ovum dan sperm yang soleh..

saya pernah mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias tentang sepotong hadis nabi:
Suatu hari dua sahabat Nabi s.a.w. datang bertemu Nabi mengadu anak-anak mereka mati ketika kecik. Maka Nabi bersabda ibu bapa yang anaknya mati kecik akan melalui titian sirat sepantas melafazkan sumpah sahaja..

Saidatina Aishah r.a. bertanya bagaimana pula dengan mereka yang bujang, berkahwin tetapi anak mereka tidak mati kecik atau pun berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak? Jawab Nabi s.a.w.:
"Aku yang akan menanti mereka di hadapan pintu syurga kelak"

tetapi janganlah kita tidak amal ibadah yang lain dan tidak ingat Rasullulah masa di dunia ini,jika tidak melakukan amal kebaikan di dunia ini dan ingat Rasullulah tiada gunanya juga..
jangan sedih untuk yang tiada Anak lagi.Rasulullah Ada menunggu kita dipintu syurga jika kita masih patuh perintah Allah dan ingat pada Rasullulah.

dalam gelap ada sinar harapanNya,betapa indahNya Islam-di kala ketika bersedih ada bahagianya..
thank you ya Allah keatas NikmatMu ini....


bersambung.......


"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif
Medical Officer Obstetric & Gynaecology
Master student obstetric and gynaecology


No comments:

Post a Comment