Home

Pengenalan

Assalamualaikum

Saya rasa terpanggil untuk membuat satu blog untuk share pengalaman saya dalam masalah infertility(kesuburan) ini.di samping itu saya ada juga tulis beberapa blog-blog berkaitan dengan hartanah,blog bisnes,blog education,philosophy of life dan coretan hidupan.tapi blog kali ini saya ingin share pengalaman saya sendiri dan anda free untuk share pengalaman anda dengan saya..
InsyaAllah saya juga akan kongsikan ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya ini untuk di kongsi bersama dengan anda semua supaya dapat membantu anda semua untuk merawat masalah kesuburan.

Saya sendiri mengalami masalah infertility selama 3 tahun,Alhamdulilah pada tahun ke 3 perkahwinan kami,Allah kurniakan kami zuriat lelaki bernama Ahmad Mikail Al-ghazi bin Ahmad Zharif pada tanggal bersejarah 2/1/2015.thank you ya Allah
"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif

Medical Officer Obstetric & Gynaecology

Master student obstetric and gynaecology

Email:drzharif@yahoo.com

Facebook:zharifhussein

Wednesday 10 June 2015

Kenapa kita perlu ada zuriat??(1)

Pada pandangan saya masalah utama kita adalah kita STRESS tiada anak..kita bukan STRESS dengan tempat kerja tapi kita STRESS tiada anak
siapa yang tidak stress tiada zuriat..saya pun stress..tipu laa kalau kita kata..saya ok jee xde anak,saya x stress..gila laa org tu kalau dia x stress tiada anak..

kenapa kita perlu ada zuriat?

1.sebab kita hidup dalam golongan masyarakat melayu,masyarakat yang beranggapan.kita kahwin wajib ada anak..dulu sebelum kahwin,masyarakat sekeliling kita akan selalu bertanya,
Bila nak kahwin???
Selepas dah kahwin,tidak sampai sebulan,masyarakat akan bertanya pulak
"bila nak dapat anak ni??dah ada isi ke belum??tengok anak jiran sebelah itu tidak sampai sebulan kahwin dah ada anak??
Kenapa ko tiada anak lagi,kau ni mandul ke???kau dah pergi jumpa doktor ke??
ada orang buat-buat pada kau ke???kau mesti salah skill ni??
setiap kali datang bulan je..isteri kita akan menangis,setiap kali lewat period je x sampai seminggu dah check air kencing mengandung(UPT-urine pregnancy test)-result dia still negatif.
lepas tu isteri kita menangis lagi.
bila kita lihat isteri kita menangis kita pun sedih menangis dan STRESS.
Inilah senario yang selalu berlaku untuk orang lepas kahwin dan orang yang mengalami masalah kesuburan(infertility)
Untuk orang yang tiada masalah dengan kesuburan dan mudah mengandung,mereka tidak akan memahami masalah kita,mereka hanya tahu bertanya soalan yang menyakitkan hati & soalan yang berbentuk tomahan & sindiran sinis.

Bila keadaan ini berlaku wujud laa gejala Anti-sosial untuk pasangan-pasangan yang mengalami masalah kesuburan ini.Mereka akan cuba mengelak untuk pergi kenduri-kendara keluarga,mengelak pergi reunion sekolah,university& colleague,mengelak berjumpa dengan sanak saudara.
bukan sebab mereka tidak mahu pergi tapi mereka takut untuk berhadapan dengan masyarakat yang "kepohci" ni yang suka bertanya pasal "anak" dengan mereka.STRESS kalau berhadapan dengan masyarakat "Kepohci" ini,balik rumah sure isteri kita akan menangis & sedih.

Wujud juga perasaan tidak suka budak-budak kecil untuk pasangan-pasangan yang mengalami masalah kesuburan.Bila keadaan berlarutan banyak komplikasi yang boleh berlaku dalam alam rumah tangga ini..

---bersambung---

10/6/2015


"Allah jadikan kita berpasangan,wajib untuk kita ikut Sunnah Rasullulah untuk berkahwin dan tidak wajib untuk Allah bagi anak pada kita.Anak itu tanggungjawab besar yang Allah beri untuk orang yang bersedia.Jangan putus harapan dengan Allah,Jangan berhenti berdoa,Allah uji kita sebab Allah sayang pada kita,Jangan risau untuk orang tiada anak,Sesungguhnya Rasullulah tunggu kita di pintu syurga jika kita sentiasa ingat pada Rasullulah ketika hidup di dunia ini"

Dr Ahmad Zharif
Medical Officer Obstetric & Gynaecology
Master student obstetric and gynaecology

No comments:

Post a Comment